Friday, 31 July 2009

Surau An Najjah Kini bergema Kembali...


SKTL, 1 Ogos 2009, Surau An najjah yang telah sekian lama dihentikan operasinya, disebabkan proses pembinaan bangunan baru SK. Teluk Lipat, jadi sebelum ini surau untuk pembelajaran murid j-QAF dan melakukan solat amali banyak dilakukan di dewan tertutup bangunan lama SKTL, kini setelah bangunan baru siap di bina dan telah berjaya di duduki baru-baru ini, surau An Najjah kini dapat beroperasi kembali.

GPI SKTL dengan rasa berbangga sekali kerana dibangunan baru ini pada asalnya telah disediakan 3 buah surau iaitu di aras bawah dan dua ditinggkat 4, kami telah sebulat suara ketika mesyuarat pengurusan baru-baru ini, bahawa di aras bawah, kita jadikan bilik j-QAF dan tingkat empat kita jadikan satu surau dan bilik mesyuarat utama.

kini kami selalu GPI SKTL, sedang berusaha untuk menceriakan surau tersebut.... dan insya Allah surau ini bakal memberi saham yang baik kepada murid di SKTL.

[+/-] Baca Lagi...

Wednesday, 22 July 2009

Adab Menuntut Ilmu

IKHLAS NIAT

Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu adalah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan bukan seperti lalangyang tinggi semakin mendongak ke langit menyombong diri . Ingatlah bahawa org yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri . Setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,setiap orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal dan setiap orang yang beraamal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas .


TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tidak kira dalam apa jua keadaan atau masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku kecil yang ringan atau mendengar kaset-kaset ceramah agama . Perkara tersebut dapat melembutkan hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ditakuti akan menjadi keras hatinya .Selain itu, kita juga hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran itu di rumah terutamanya . Dihiasi dengan budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan semata. Di samping itu, kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita . Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya isitu berusaha,tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan menyerahkan keputusannya kepada Allah sepenuh hati .


MENJAUHI MAKSIAT

Imam syafi'ie pernah berkata : 'ilmu itu adalah cahaya Allah dan cahaya Allah tidak menerangi ( memberi petunjuk ) kepada orang yang membnuat maksiat . Sebagai seorang thalibul 'ilm, kita mestilah menghidupkan budaya amar ma'ruf nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita.Jangan ambil ringan dan mudah terhadap maksiat yang kecil kerana ia akan menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar .Sesungguhnya dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa yang besar .


MEMILIH TEMAN YANG SOLEH
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sa0a lain di dalam rumah kita sendiri samaada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau perbincangan yang tidak rasmi setiap hari . Luqman al-hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

BANYAKKAN ZIKRULLAH

Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana 'ulama sufi begitu menitikberatkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabah diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma'thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala yang telah diperintahkan leh Rabbl 'izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat . Bacalah al-qur'an sekurang2nya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat . Hidupkan amalan - amalan sunnat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluknya.


[+/-] Baca Lagi...

Monday, 20 July 2009

Kedudukan Orang Berilmu




[+/-] Baca Lagi...

Seruan Dakwah Bergema...

Berbincang dan bermujadalah kamu ke arah kebaikan urusan dunia dan akhirat kamu, dan janganlah kamu bermujadalah ke arah mempertahan kebatilan yang telah nyata dan sorih.... fikir-fikirkan...dan renung-renungkan..




[+/-] Baca Lagi...

Lawak : Kisah Cikgu Bahasa Melayu

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Kesian cikgu tu...

[+/-] Baca Lagi...

Sunday, 19 July 2009

SUKATAN PELAJARAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Islam KBSR
PENDIDIKAN ISLAM
- Pendidikan Islam Tahun 1
- Pendidikan Islam Tahun 2
- Pendidikan Islam Tahun 3
- Pendidikan Islam Tahun 4
- Pendidikan Islam Tahun 5
- Pendidikan Islam Tahun 6
- Pendidikan Islam Tahun 1 j-QAF
- Pendidikan Islam Tahun 2 j-QAF
- Pendidikan Islam Tahun 3 j-QAF
- Pendidikan Islam Tahun 4 j-QAF
- Pendidikan Islam Tahun 5 j-QAF

BAHASA ARAB
Kurikulum Bahasa Arab KBSR
BAHASA MALAYSIA
BAHASA INGGERIS
SAINS
MATEMATIK
PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KEMAHIRAN HIDUP
KAJIAN TEMPATAN

[+/-] Baca Lagi...

Wednesday, 15 July 2009

Kem Bestari Solat 3 Berjaya...


TEKUN : Murid tekun mendengar setiap patah kata dari guru pembimbing

SKTL,Sabtu,12 Julai 2009 : Kem Bestari Solat 3, telah berjaya dijalankan dengan lancar dan jaya, majlis tersebut diadakan di Bilik j-QAF dibangunan baru SKTL. pada kali ini murid-murid didedahkan kepada amali solat yang sebenarnya.


Puan Roziah Awang selaku ketua panitia pendidikan Islam SKTL mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yanng terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini, terutmanya kepada guru-guru j-Qaf yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan program, tahniah kepada mereka.

Ucapan tahniah kepada murid-murid yang hadir pada program tersebut, terima kasih semua.

Panorama sepanjang perjalanan Kem Bestari Solat 3






[+/-] Baca Lagi...

Wednesday, 8 July 2009

Hasil Karya Murid

Wajah-wajah yang memeningkan guru untuk mendidik, sabarlah semua guru, jasa kalian akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Terima Kasih Cikgu!!!

Wajah-wajah nakal murid tahun 5B


Tempat Pertama 5A

Tempat Kedua Tahun 5A

Tempat Ketiga 5A

Tempat Pertama tahun 5B

Tempat Kedua Tahun 5B

Tempat Ketiga Tahun 5B



[+/-] Baca Lagi...

Pertandingan Buku Skrap

Teluk Lipat: Sebelum bermulanya cuti penggal pertama baru-baru ini, pihak Panitia Pendidikan Islam SKTL, di bawah seliaan ustaz Mohd Fazil telah mengadakan pertandingan buku skrap Pendidikan Islam untuk penyertaan murid tahun lima A dan B sahaja.

Pertandingan tersebut telah melibatkan kerjasama yang padu diantara semua pelajar tahun lima, Alhamdulillah pertandingan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Majlis penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya telah dilansungkan dimajlis perhimpunan pagi pada 7 Julai 2009, dan hadiah tersebut telah disampaikan oleh Puan Seliam, Guru Penolong Kanan HEM SKTL.

Berikut adalah gambar-gambar peserta yang telah berjaya, terima kasih diucapkan kepada yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.


Tempat Pertama Tahun 5A



Tempat Kedua Tahun 5A



Tempat Ketiga Tahun 5A



Tempat Pertama Tahun 5B



Tempat Kedua Tahun 5B



Tempat Ketiga Tahun 5B

[+/-] Baca Lagi...

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Kuala Lumper : Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

dipetik dari malaysiakini.com

[+/-] Baca Lagi...

Tuesday, 7 July 2009

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Dalam usaha untuk mengejar kepesatan media massa, yang terkadang tidak terjangkau dan terpandang oleh kita, dek kepantasan berlaku dengan pelbagai media yang canggih yang sukar untuk kita ikuti sepenuhnya.

Kita selaku pendidik anak bangsa, tidak boleh tidak akan turut sama terlibat secarang langsung dalam proses mengejar kepesatan ini, kita tidak seharusnya ketinggalan sedangkan yang lain terus meninggalkan kita dibelakang.

kemudahan ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin, untuk kemudahan generasi Islam akan datang, kita kini sunyi kedengaran ulumni seperti kita yang bersedia dengan kelenggkapan massa ini. malas aku, ok kita jumpa lagi dilain masa jumpa lagi, solat dulu, assalamualaikim.

[+/-] Baca Lagi...

Syukran jazilan Khairan kathiran ala hudhurikum ila
Laman Blog Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK. Teluk Lipat
|
Hak cipta Terpelihara | PPIBA SKTL 2009