Thursday 28 July 2011

LAPORAN AKTIVITI : MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SKTL, Telok Lipat, Endau,


Program : Sambutan Maulidurasul
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat
Tarikh : 9 April 2011
Hari : Sabtu
Pengurus/Penyelaras : Penyelaras Dakwah



1. ULASAN
Pada tarikh 9 April 2011 SK Teluk Lipat telah melaksanakan sambutan Maulidurasul peringkat sekolah dengan bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah. Segala persiapan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut acuan yang ditetapkan. Justeru itu sambutan pada kali ini dilihat amat berjaya dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh segenap lapisan warga kerja SK Teluk Lipat. Tidak dilupakan juga masyarakat setempat dan AJK PIBG SK Teluk Lipat yang turut serta bersama-sama berganding bahu membantu sama ada dari segi penyediaan bahan-bahan masakan, memasak dan sehinggalah selesai majlis amat-amat dihargai. Oleh yang demikian diharapkan agar kecemerlangan perlaksaaan program ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

2. AKTIVITI
Bagi memastikan setiap murid memahami, mengenal dan menghayati Sambutan Maulidurasul dengan lebih mendalam, beberapa program telah disusun. Antaranya ceramah Maulidurasul, marhaban, berzanji, tilawah al-Quran dan bercerita kisah nabi. Pada kali ini ceramah Maulidurasul telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Faiz bin Muhamad Azhar dari SK Tanjung Gemok, Rompin Pahang.

3. PENCAPAIAN OBJEKTIF
Pencapaian objektif melalui program yang dilaksanakan ini telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Namun yang pasti, program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan galakan yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah , guru-guru, kakitangan sokongan, AJK PIBG SK Teluk Lipat, pekerja-pekerja swasta serta masyarakat setempat.

4. KEKUATAN
Hasil pemantauan yang dilaksanakan kekuatan yang ada adalah penglibatan dan sokongan semua guru dan kakitangan sekolah dalam menjayakan program yang dirancang. Segala keperluan yang diperlukan mudah diperolehi dan ini banyak membantu melancarkan perjalanan majlis ini. Program-program terdahulu dijadikan sebagai landasan dan rujukan agar program yang dilaksanakan ini bertepatan dengan kehendak semua pihak dan memberi kesan kepada murid-murid sekolah. Begitu juga dengan sumber kewangan yang diperolehi daripada pihak sekolah serta sumbangan orang perseorangan yang amat membantu dalam merealisasikan sambutan Maulidurasul ini.

5. KELEMAHAN
Antara kelemahan yang dilihat adalah masih kedapatan murid-murid yang tidak menghadirkan diri ke majlis ini walhal majlis ini telah diwar-warkan seminggu sebelum majlis dilaksanakan. Ini bukan sahaja membantutkan usaha pihak sekolah untuk memastikan murid-murid faham berkenaan dengan Maulidurasul malah meningkatkan perasaan tidak ambil peduli dikalangan murid-murid. Justeru itu, kelemahan ini akan dijadikan iktibar dan perkara ini perlu dipandang serius.

6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi memastikan Sambutan Maulidurasul yang seterusnya mencapai matlamat yang disasarkan beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan telah dikenalpasti. Antara cadangan penambahbaikan tersebut adalah:
1. Memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang berpusatkan kepada murid seperti peraduan mewarna, melukis poster, kuiz dan sebagainya.

7. ULASAN PENGURUS/PENYELARAS
Walaupun pada dasarnya Sambutan Maulidurasul ini hanya dilaksanakan sekali dalam setahun, pendedahan maklumat yang berterusan dari guru-guru amat penting bagi memastikan para murid dapat menghayati dan memahami kelebihan sambutan Maulidurasul ini dengan lebih sempurna. Justeru itu kerjasama dan sokongan daripada guru-guru amat diharapkan dalam usaha melahirkan insan yang intelek baik dari jasmani mahupun rohani. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan juga perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar murid-murid mendapat pengetahuan yang berguna.

TAHNIAH BUAT SEMUA AHLI JAWATANKUASA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS YANG INDAH INI - BLOGMASTER

[+/-] Baca Lagi...

KATA-KATA HIKMAH 1

[+/-] Baca Lagi...

MATLAMAT SURAU AN NAJAH

[+/-] Baca Lagi...

OBJEKTIF SURAU AN NAJAH

[+/-] Baca Lagi...

VISI SURAU AN NAJAH

[+/-] Baca Lagi...

MISI SURAU AN NAJAH

[+/-] Baca Lagi...

Syukran jazilan Khairan kathiran ala hudhurikum ila
Laman Blog Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK. Teluk Lipat
|
Hak cipta Terpelihara | PPIBA SKTL 2009